7 TIPS KESELAMATAN UNTUK ANDA YANG KERETA TIBA-TIBA BREAKDOWN

Kita ni kadang-kadang tahu bawak kereta je, tapi tak tahu apa pun pasal penjagaan kereta. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Kalau di tanya pasal kereta confirm ada yang blur dan yang paling menyakitkan hati kalau kita ajar dia tentang kereta, dia buat tak tahu je. Ishh ishh ishh susah la macam tu.

Dah reti bawak kereta, tapi kalau tiba-tiba kereta breakdown habis panik semuanya. Kalau berteman rasa selamat lagi kalau sorang2? Nak2 yang sorang2 tu sejenis yang tak ambil kisah pasal kereta seperti yang saya mention tadi. Kalau masalah tayar pancit senang je nak settle kalau yang macam breakdown berasap berkepuk kepuk tu maunya kita jadi gelabah satu badan. Kalau nak adjust sendiri kang takut makin rosak pulak.

Bila perkara ni telah terjadi, keselamatan kita agak bahaya tau bila berlaku di atas jalan raya. Kenderaan banyak ada yang bawak laju ada yang bawak biasa2 tapi yang penting kenderaan sentiasa ada bergerak. Takut2 masa kereta kita breakdown ada yang ambil kesempatan nak rompak kita.

Dalam post ini, saya akan kongsikan dengan anda 7 Tips keselamatan yang anda patut buat apabila kereta breakdown.

7 Tips Keselamatan ketika Kereta Breakdown

1. Nyalakan lampu ‘Hazard’

Kalau anda perasan, ada satu butang bewarna merah atau bersimbol segi tiga di dashboard kereta anda. Bagi yang tak tahu, itu adalah butang lampu kecemasan atau hazard light. Bila kereta tiba-tiba perlahan atau breakdown, terus aktifkan lampu kecemasan ni sebagai cara memberitahu kepada pengguna jalan raya lain bahawa anda sedang dalam kecemasan.

2. Pakai jaket keselamatan dengan reflektor

Ada tak diantara korang yang simpan jaket keselamatan dengan reflektor dalam kereta? Kebanyakkannya mesti tak ada kan? Benda ni memang nampak macam tak penting, tapi sangat berguna kalau tiba-tiba kereta breakdown atau tayar pancit tengah malam. Ini bagi memudahkan pengguna jalan raya nampak anda tau. Takyah malu2 nak pakai, yang penting keselamatan anda tu terjaga sikit.

3.  Telefon seseorang dan beritahu lokasi anda berada.

Perkara ni yang paling penting sekali untuk anda buat bila kereta anda tiba-tiba breakdown. Cepat-cepat call orang yang terdekat dengan anda dan bagitau lokasi anda berada. Ini khususnya kalau anda sorang2 berada di tempat gelap dan tiada orang lalu lalang. Lampu jalan pun takde. Better call someone supaya ada yang tahu lokasi anda dan lebih baik suruh mereka datang membantu.

4. Keluar ikut pintu kiri.

  • Yang ini ramai yang terlepas pandang. Banyak kemalangan berlaku melibatkan penunggang motosikal disebabkan kecuaian pemandu yang terus membuka pintu kereta kanan tanpa peka dengan keadaan sekeliling. Jangan macam tu guys, kenalah timbang rasa dan hati-hati sikit.
  • Laluan kanan ni terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Manalah tahu anda panik kereta rosak, terus je keluar dari pintu kanan. Kan dah jadi masalah lain pulak!

5. Tolak kereta ke tepi jalan kalau mampu

Seeloknya, lepas je kereta anda breakdown, turun dan cuba tolak kereta anda ke tepi jalan. Tolak dengan bahu kiri sambil tangan mengawal stereng kereta anda. Tapi, kalau tak mampu, cepat-cepat hidupkan lampu hazard dan lambai untuk mintak tolong dekat orang ramai.

6. Pasang pemantul segi tiga pada jarak 20-30 meter dari kereta anda

  • Kalau nak tahu, pemantul segi tiga ni penting kalau kereta tiba-tiba rosak kat tepi atau tengah jalan. Nak-nak kalau waktu malam sebab fungsinya yang boleh pantulkan cahaya.
  • Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Bila pasang pemantul segi tiga ni, takdelah kereta lain boleh langgar kereta anda dari belakang.

7. Duduk dalam kereta dan tunggu sampai bantuan tiba.

Yang ini paling penting, tak kiralah untuk lelaki atau perempuan. Kalau kereta rosak kat tempat yang tak selamat macam kawasan pedalaman, gelap, hutan atau yang kurang pengguna jalan raya lain, baik anda duduk je dalam kereta diam-diam. Jangan lupa kunci pintu dan call orang yang terdekat atau talian kecemasan.

Kalau macam saya, masalah tayar pancit ni senang je nak settle kan. 90 saat je dah siap. Kelengkapan yang boleh saya cadangkan semasa tayar problem seperti pancit atau bocor adalah dengan memiliki Flatfix. Goncang dulu Flatfix ni kemudian acukan hose flatfix kepada tiub tayar. Kemudian picit button flatfix dan tunggu tayar sehingga kembang seperti asal. Flatfix ni ianya akan keluarkan cecair latex yang boleh menampal tempat bocor tayar sekali gus mengembangkan tayar.

Dalam post ini , anda telah tahu 7 tips keselamatan ketika kereta anda sedang breakdown.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut semua tips bagi menjamin keselamatan anda semasa di jalan raya.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *