7 PANDUAN PENTING UNTUK MENJAGA TAYAR KERETA ANDA DENGAN BETUL

Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Tayar ni pula dijaga dengan baik kerana kenderaan takkan boleh bergerak sempurna tanpa tayar.

Namun jika ia rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga. Bahaya ni, satu tayar masalah boleh menyebabkan seluruh kenderaan kereta menjadi tidak stabil bergeraknya.

Bila perkara ini terjadi, kita sebagai pemandu akan serta merta akan menjadi tanggungjawab sepenuhnya  kepada nyawa2 penumpang lain jika situasi seperti ini telah berlaku contohnya tersadai di tepi jalan.

Dalam post ini, saya akan kongsikan dengan anda tips penjagaan tayar kereta dengan betul.

8 Tips Penjagaan Tayar kereta Anda dengan Betul

1) Periksa keadaan fizikal tayar anda dari semasa ke semasa

  • Lebih afdalnya ialah sebelum anda start pemanduan. Pastikan bunga tayar tidak botak, pancit dan sebagainya.
  • Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

2) Pemilihan Saiz Tayar Yang Sesuai

  • Perlu di ingatkan khususnya penggemar sport rim. Penggunaan tayar yang lebih besar contohnya 14 inci kepada 15 inci  boleh memberi kesan kepada kenderaan anda dan secara tidak langsung kepada tayar anda.
  • Kesannya umpama “domino effect ” di mana, apabila wheel assembly menerima saiz tayar yang baru dan rim yang baru, ia memberi sedikit kesan kepada spesifikasi asalnya yang lama kelamaan memberi kesan kepada tayar kereta anda juga.

3) Pemeriksaan Berkala Tekanan Angin Tayar Kereta

Digalakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda.

4) Tukar Kedudukan Tayar Kereta

Digalakkan menukar keduduakan atau rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakkan kepada setiap tayar kereta anda.

5) Lakukan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta.

Selalunya alignment tayar kereta dilakukan setiap 10000 kilometer perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignment. Balancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

6) Kenali Spesifikasi Tayar.

  • Perlu diingat, spesifikasi yang terdapat di sisi tayar anda bukan hanya nombor semata-mata. Perkara-perkara penting untuk panduan anda contohnya tahun pembuatan tayar, tahap kelajuan, tahan bebanan sesuatu tayar dan sebagainya.

7) Gaya Pemanduan.

Digalakkan jadilah pemandu berhemah dengan gaya pemanduan yang baik sebagai langkah menjaga tayar kereta anda. Jika anda penggemar “drift”, maka sememangnya jangka hayat tayar kereta anda adalah sangat pendek.

Tapi kalau dah pemeriksaan tayar kereta anda dah tip top sebelum pemanduan namun tiba-tiba terlanggar paku semasa pemanduan, maka standby lah Flatfix ni siap2.  Goncang dulu Flatfix ni kemudian acukan hose flatfix kepada tiub tayar. Kemudian picit button flatfix dan tunggu tayar sehingga kembang seperti asal. Flatfix ni ianya akan keluarkan cecair latex yang boleh menampal tempat bocor tayar sekali gus mengembangkan tayar.

Dalam post ini , anda telah tahu 7 tips penjagaan tayar kenderaan anda.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least 3 dari 7 panduan tayar  ni supaya anda tidak menghadapi masalah pada kemudian hari semasa pemanduan.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *