7 LANGKAH MUDAH DIY UNTUK MENCUCI FILTER AIRCOND KERETA TERSUMBAT

Keadaan cuaca panas yang berlaku di Malaysia ni memang boleh membahangkan sekali hati kita kan bila nak keluar berjalan jauh. Bila masuk kereta je benda pertama yang akan difikir adalah hidupkan aircond dan sejukkan badan dulu.  

Tapi benda pertama yang difikirkan dalam kereta itu menjadi angan2 apabila aircond kereta tak sejuk pun. Jadi terpaksalah buka tingkap untuk angin panas luar tu.

Bukan itu sahaja, dengan keadaan cuaca yang panas macam tu boleh buat kita rasa marah dan tertekan apabila memandu lagi-lagi bila menghadap jammed. Semakin membara hati ni,

Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh menyejukkan kembali aircond dengan kaedah diy cuci filter.

7 Langkah Mudah Diy Untuk Mencuci Filter Aircond

1. Buka bahagian Glove Box

  • Biasanya Glove Box ni terletak di bahagian dashboard penumpang belah kiri. Rupa glove box tu seperti laci untuk simpan barang. Buka glove box tu dan tanggalkan perlahan lahan.

2. Cari kedudukan Filter

  • Biasanya filter ni berada di atas blower. Blower bentuk bulat dan filter bentuk empat segi. Bila dah jumpa filter, tarik keluar klip penutup filter dan tarik keluar filter tersebut.

3.  Periksa kondisi Filter

  • Bila dah bertahun- tahun tak cuci filter maka memang banyak sangat habuk. Kalau teruk sangat kotornya, jadi disarankan beli baru je di kedai penghawa dingin. Tetapi kalau kotor yang biasa2 sahaja, boleh guna lagi dengan kaedah mencuci.

4. Bersihkan Filter dengan sabun

  • Untuk bersihkan filter, anda boleh guna sabun pakain. Rendamkan filter di dalam bekas yang telah dibancuh dengan air dan sabun.

5. Berus filter dengan berus gigi lama

  • Kalau teknik rendam masih lagi ada kotoran, anda boleh berus perlahan-lahan filter anda dengan berus gigi lama sehingga kotoran tanggal.

6. Keringkan Filter

  • Setelah siap langkah 4 dan 5, filter tadi tu dikeringkan di bawah matahari.

7. Pasang semula filter

  • Bila dah kering, masukkan kembali filter tersebut di tempat asal dan nikmati kedinginan aircond semasa memandu.

Jika aircond anda masih tak sejuk, kemungkinan blower anda kotor.  Jadi ada satu cara yang mudah bagaimana nak cuci blower tanpa guna alat lain dan tanggalkan komponen iaitu dengan menggunakan Mr.Coil. Cara guna Mr. coil ni amat mudah, anda perlu keluarkan filter anda tu kemudian hidupkan enjin dan hidupkan aircond. Semburkan Mr.coil di blower kereta anda. Selang 2 minit anda tunggu dan sembur kembali. Ulang sampai isi dalam Mr.Coil habis.

Dalam post ini , anda telah tahu 8 langkah mencuci Filter aircond kereta anda bagi menyejukkan kembali aircond kereta.

Jadi amat wajib anda lakukan semua langkah2 tersebut untuk nak dapatkan kesan yang lebih optimum.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda. Terima kasih dan jumpa lagi.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *