5 TIPS UTAMA UNTUK JAGA CAT KERETA BARU SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL BERKILAT

Bila dah masuk alam pekerjaan mesti masing2 nak memiliki kereta mewah dan baru kan sebab nak bagi reward pada diri sendiri selepas bersusah payah belajar.

Tapi apakan daya, bila dah mula sibuk dengan kerja kita, terlupa dan mungkin tak tahu perkara2 penting tentang menjaga dan mengekalkan kecantikkan kereta kita sendiri. Bila warna kereta yang dulu masih bersih, baru dan berkilat tu tiba2 jadi warna pudar, tercalar dan tak best bila dipandang.

Bukan itu sahaja, kalau tak dititikberatkan tentang hal ni, kemungkinan besar kereta akan jadi karat tau. Ianya berlaku pengaratan apabila ada kesan calar walaupun kecil.

Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh mengekalkan warna cat kereta anda agar sentiasa berkilat, dan kekal cantik.

5 Tips warna Cat Kereta sentiasa berkilat dan cantik

1. Elakkan meletak kereta di bawah pokok

  • Kerana getah pokok, daun dan tahi burung boleh meninggalkan kesan pada cat. Bila dah terkena , cepat2 buang

2. Jauhkan dari terkena embun

  • Kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering. Dan lagi satu dalam jangka masa panjang embun boleh menyebabkan pengaratan apabila embun itu terkena pada calar kereta kerana calar tersebut menyebabkan lubang kecil lantas mengaratkan cat kereta.

3.  Jangan cuci kereta di bawah matahari yang terik.

  • Kerana pada keadaan suhu tinggi,  ianya menyukarkan untuk dicuci dan boleh merosakkan cat kereta anda. Seeloknya letakkan kenderaan anda di tempat redup ataupun tunggu suhu berkurangan sebelum membasuh kereta.

4. Keringkan secepat mungkin dengan kain yang lembut selepas cuci kereta

  • Kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat dan nampak tompok air.

5. Enam bulan sekali ‘polish’ cat tersebut dengan ‘polish’ yang berkualiti.

  • Kerana penggilap atau `polish’ adalah produk yang menggunakan tindakan kasar untuk membuang lapisan sangat halus seperti calar kecil bagi meratakan permukaan, sekali gus membuatkan ia berkilat.

Polish yang paling berkesan untuk mengilatkan kereta dan hilangkan calar adalah Polish Master. Lap dulu permukaan body kereta supaya kering dan sapukan polish master dengan kain microfibre ataupun kain biasa. Selepas penggunaan dalam tempoh 2-3 minit kereta anda akan kilat dan tempoh 15-20 minit untuk hilangkan calar

Dalam post ini , anda telah tahu 5 Tips cara mengekalkan kecantikan kereta supaya warna kereta berkilat dan kekal lama.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least satu dari 5 tips di atas supaya kereta selamat dari warna pudar dan karat

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Pastikan anda like fanpage saya supaya anda tidak tertinggal banyak tips dan tricks mengenai kereta. Terima kasih , jumpa lagi


Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *