5 PANDUAN DAN LANGKAH UNTUK MEMERIKSA TAYAR BOCOR YANG KECIL

Saya yakin ramai orang yang akan melakukan perkara yang sama macam saya lakukan. Bila nampak tayar kereta/motor tu kembang dan tak ada masalah akan terus naik dan hidupkan enjin dan terus jalan. Ini perkara normal sangat dah tabiat ini dilakukan. Saya sendiri pun buat.

Yang tak normalnya, adakah anda semua pernah check tekanan udara tayar anda dengan betul? Peduli tak angin tayar semakin lama semakin hilang?  Walaupun bocor kecil pun memang kita tak akan perasan punya. Kalau nak tahu Bila ada bocor kecil pada tayar ni biasanya akan ambil masa beberapa hari untuk tayar betul2 flat. Jika dah perasan tekanan tayar mempunyai perbezaan dan cepat pancit dan kekurangan angin dalam beberapa hari je eloklah anda cepat2 buat pemeriksaan dan bertindak apa yang patut.

Namun jika kita ambil endah perkara ini, saya sudah pasti tayar kereta anda akan mengalami keadaan kritikal apabila anda sudah menaiki kenderaan anda nanti contohnya tayar terus flat di semasa di jalan raya. Lagi2 kalau anda di luar kawasan tempat tinggal anda dan waktu malam. Habis  jenuh nak angkat tayar dan ganti tayar spare part. Kalau lelaki tahulah nak buat kalau perempuan dan orang tua anda maunya sakit tulang belakang riuk piuk dibuatnya. Boleh mengundang bahaya juga tau kalau tersadai lama2 di atas jalan raya. Jadi sediakan payung sebelum hujan ya.

Dalam post ini, saya akan kongsikan cara nak memeriksa tayar yang bocor kecil.

Punca-punca tayar cepat dan kerap pancit.

1) Batang valve (tempat isi angin) bocor

Sebabnya Mungkin kerana ada rekahan pada batang getah. Dan ada kemungkinan juga Batang valve sendiri ada kebocoran angin oleh sebab longgar/rosak/tersumbat kotoran.

2) Langgar benda tajam

Saya yakin point yang ini dah ramai yang tahu. Kalau langgar benda serpihan tajam macam ni konfem2 boleh pancit dan hasilkan bocor kecil. Contoh objek tajam adalah paku, skru, kaca, batu tajam dan wayar besi.

3) Kerap lalu jalan berlubang

Bila terlanggar jalan berlubang akan berlaku hentakan. Boleh juga mengurangkan angin walaupun sedikit pun. Lagi2 jalan berlubang tu ada benda tajam.

4) Ada kerosakan di sebelah sisi tayar

Kerosakan ini selalunya berlaku apabila anda terlanggar sesuatu yang tajam contohnya bongkah batu ataupun rubbing dengan sesuatu contohnya pembahagi jalan dan sebagainya. Ia sangat sensitif bagi kereta yang menggunakan sport rim dengan tayar yang nipis kerana ianya boleh membawa kepada tayar anda pancit.

5) Karat atau ada hakisan pada rim dan rim bengkok

Karat ini akan mengundang Kebocoran ‘bead’ (bahagian hujung tayar yang disangkut kepada rim) diantara tayar dan rim. Jika berlaku angin dalam tayar senang terkeluar. Jika rim bengkok, perlu ganti rim. Jika ‘bead’ rosak, perlu ganti tayar.

5 Langkah dan Panduan Untuk Kenal Pasti kesan Bocor kecil di tayar kenderaan anda

1) Dengar bunyi dan sentuhan

  • Jika fokus kepada deria pendengaran, anda mungkin mendengar bunyi desiran angin keluar daripada punca bocor itu. Bunyi tersebut akan kedengaran semakin kuat apabila semakin dekat dengan punca kebocoran. Bila dah suspek di mana tempat yang bocor tu cuba tanda dengan marker.
  • Kemudian, pandu kereta selama beberapa minit supaya tayar jadi panas. Jika memang berlaku kebocoran, bahagian yang anda suspek tadi akan rasa lebih panas apabila disentuh berbanding bahagian tayar lain

2) Simbah air sabun

Seterusnya cuba pula guna air sabun. Tambah satu sudu sabun atau detergen dalam satu baldi, kemudian simbah campuran tersebut pada dinding sisi (sidewall) dan bunga tayar. Anda juga boleh simbahkan ke bahagian pinggir rim di sekeliling tayar. Jika ada kebocoran, bahagian permukaan tayar yang bocor akan menggelembung atau berbuih.

3) Rendam seluruh tayar dalam air

Cara ini agak leceh sikit seba kena tanggalkan tayar dari kenderaan anda. Kemudian masukkan dalam bekas air. Jika tayar bocor, anda dapat lihat buih kecil pada punca kebocoran berkenaan. Pastikan setiap bahagian tayar diperiksa kira-kira 5 minit, dan jika tiada sebarang buih dikesan, barulah beralih ke bahagian lain. Kalau ada tayar bocor, bolehla dibawa ke bengkel.

4) Pergi kedai tayar

Ini paling mudah. Cuma pandu kereta anda ke kedai tayar berdekatan dan beritahu mekanik di situ tentang bahagian tayar mana yang kerap mengalami masalah kempis. Sebenarnya, mekanik tayar pun akan melakukan semua langkah sama yang disebut di atas pun. Bila tayar bocor dikesan, boleh je terus tampal tayar kenderaan anda on the spot di bengkel itu.

5) Guna flatfix.

Guna flatfix ni bila sudah waktu kritikal seperti yang saya dah beritahu awal2 tadi. Contohnya tayar pancit dan bocor di jalan raya ataupun berlaku pada waktu malam. Just goncang je botol Flatfix, kemudian acukan hose flatfix kepada tiub tayar. Kemudian picit button flatfix dan tunggu tayar sehingga kembang seperti asal. Kereta sudah selamat digunakan dan perlu pergi ke bengkel jika nak.

Dalam post ini , anda telah tahu 5 panduan untuk anda kenal pasti kesan bocor kecil pada tayar.

Jadi amat penting anda cuba 3 dari 5 tips ini untuk memastikan tayar kereta anda selamat digunakan.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *