5 CARA YANG RAMAI TAK PERASAN UNTUK TIDAK LEWAT KE TEMPAT KERJA

Masa mula2 nak datang interview kerja di syarikat yang di target memang anda betul2 bersemangat, punctual dan ada yang dah sampai sebelum pagar dibuka.

Tapi bila dah dapat position di syarikat tu, anda mulalah tunjuk belang. Ada yang sengaja lambat dan ada yang tak sengaja lambat. Yang sengaja lambat ni mohon ubahlah diri tu. Manakal alasan yang selalu majikan dapat untuk yang tak sengaja lambat tu ialah terbangun lambat, jammed dan paling kesian adalah ada masalah pada kenderaan contohnya tayar pancit.

Bila perkara ni telah terjadi, majikan mulalah rasa muak dengan karenah anda dan kurang kepercayaan kepada anda lagi. Yang paling ditakutkan dapat surat warning dari majikan.

Dalam post ini, saya akan kongsikan dengan anda cara senang yang anda boleh ikuti supaya anda tidak datang lewat ke tempat kerja.

5 Cara Mudah Untuk Tidak Lewat ke Tempat Kerja

1. Keluar rumah awal 15 Minit

  • Datang lewat sebab keluar rumah lewat. Jadi cubalah buat strategi dan buat kira2 perjalanan untuk anda keluar dari rumah .Jika masa yang diperlukan untuk sampai ke pejabat satu jam dan waktu masuk kerja adalah 8.30 pagi. Maka, logiknya kena keluar rumah jam 7.30 pagi.  Tempoh ni boleh berubah bergantung keadaan kesesakan lalu lintas dan tahap kelajuan anda ‘merempit’.

2. Persiapan pada waktu malam

  • Keluar rumah lewat sebab pada awal pagi tergesa-gesa siapkan diri. Baju, seluar, beg dan banyak lagi barang merata-rata tempat. Lebih parah, tidak jumpa mencari barangan pejabat pada waktu pagi. Cara selamat adalah dengan bersiap sedia pada malam sebelumnya dengan segala kelengkapan yang akan digunakan pada esok pagi.

3.  Ikut jalan yang Berbeza

  • Majoriti sampai lewat ke pejabat sebab kesesakan jalan raya. Ini biasa terjadi jika tempat kerja berada di tengah-tengah pusat bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Baharu. Jadi apa yang boleh saya cadangkan adalah anda buka Waze. kegunaan waze selain menunjuk jalan ialah, ianya boleh membantu memberi pilihan jalan raya yang kurang sesak ke tempat kerja (shortcut). Jadi, anda boleh membuat keputusan pantas untuk menggunakan jalan berbeza ke tempat kerja. Hebahan kesesakan jalan raya juga diumum setiap pagi di radio. Semuanya hanya berlaku di dalam kereta.

4. Menunggang motosikal berbanding kereta

– Satu penyelesaian paling digemari terutamanya kepada kaum lelaki. Wanita juga pada hari ini sudah mula menunggang motosikal. Jawapannya adalah sama. Untuk elak kesesakan. Menunggang motosikal memang satu kaedah paling pantas untuk sampai awal di ofis tetapi tahap keselamatan sangat perlu diberi perhatian. Maklumlah motosikal ni kecil berbanding dengan kereta yang ada banyak perlindungan seperti tertutup, beg udara, tidak panas dan lebih selesa. Tapi yang best tentang motosikal ni ianya boleh ‘mencilok’ bila banyak kenderaan.

5. Periksa kenderaan anda

  • Tak kisahlah sama ada kereta ke atau motor. Yang penting keadaan kenderaan mesti baik. Benda paling basic yang penunggang motor lakukan adalah check minyak motor dan tayar. Pastikan minyak motor cukup sebelum bertolak ke tempat kerja dan pastikan tekanan tayar dalam keadaan baik takut2 anda tersadai di tepi jalan semasa otw ke tempat kerja. Sediakan kelengkapan mengganti tayar yang sepatutnya di dalam kereta atau motor.

Kelengkapan lain yang boleh saya cadangkan semasa tayar problem seperti pancit atau bocor adalah dengan memiliki Flatfix. Goncang dulu Flatfix ni kemudian acukan hose flatfix kepada tiub tayar.

Kemudian picit button flatfix dan tunggu tayar sehingga kembang seperti asal. Flatfix ni ianya akan keluarkan cecair latex yang boleh menampal tempat bocor tayar sekali gus mengembangkan tayar.

Dalam post ini , anda telah tahu 5 cara bagaimana anda nak datang ke tempat kerja tanpa lewat.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least satu dari 5 tips di atas untuk anda datang tepat pada masanya di tempat kerja.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Pastikan anda subscribe emel saya supaya anda tidak tertinggal banyak tips dan tricks mengenai kereta. Terima kasih , jumpa lagi

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *