3 LANGKAH MUDAH DAN JIMAT UNTUK KILATKAN LAMPU KERETA YANG SUDAH KUSAM KEKUNINGAN DENGAN BAJET RM15 SAHAJA

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang wajib dimiliki oleh netizen. Dalam pemerhatian saya, setiap rumah sekurang kurangnya memiliki sebiji kereta.

Tujuan utama memiliki kereta adalah nak melindungi kita dari hujan mahupun panas semasa di dalam perjalanan ke satu destinasi ke destinasi yang lain. Dengan kapasiti yang agak luas berbanding motorsikal membolehkan kita membawa barang2 dan membawa penumpang lain bersama.

Hujan panas terpaksa si kereta redah maka ada kesan buruk berlaku di bahagian luaran kereta iaitu warna kereta menjadi kusam. Dan paling nampak ketara sekali ialah lampu kereta semakin kusam dan kekuningan.

Kos untuk mengganti headlamp tu boleh hampir cecah RM200 ke atas kalau anda betul2 nak headlamp kereta anda kembali cantik dan baru. Agak mahal sangat. Kalau difikirkan balik agak tidak berbaloi.

Bukan itu sahaja, dengan headlamp yang sebegitu rupa, ianya mengundang bahaya kepada pemandu. Hal ini kerana ianya mengakibatkan kabur terutamanya pada waktu malam sebab lampu boleh menjadi kurang terang.

Dalam post ini, saya akan kongsikan bagaimana anda mengilatkan lampu kereta anda dengan mudah dan jimat tanpa tukar lampu baru.

3 langkah mudah untuk hilangkan kekuningan lampu kereta dengan bajet RM15

Sebelum anda buat keputusan untuk ganti headlamp tu lebih baik anda ikuti trick ini. Trick ini berkesan untuk headlamp plastik sahaja.

Bahan -bahan

  • Kertas pasir gred 600
  • Kertas pasir gred 1000
  • Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)

Cara-caranya

  1. Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur. Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor degil dan kuning tu tertanggal.
  2. Kemudian lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.
  3. Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.
  4. Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi
  5. Langkah terakhir, guna Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
  6. Gosok dengan kain sehingga clear dan cerah.

Selain itu, boleh juga guna Polish Master untuk hilangkan kekuningan kusam di lampu tu. Cuma guna Polish Master dengan kain sahaja dah boleh hilangkan kekuning lampu tersebut. Bukan setakat lampu kereta je cantik malah satu body kereta boleh dikilatkan. Lap dulu permukaan body kereta atau headlamp supaya kering dan sapukan polish master dengan kain microfibre ataupun kain biasa. Selepas penggunaan dalam tempoh 2-3 minit kereta anda akan kilat dan hilang kekusaman hedlamp kereta anda.

Dalam post ini , tahu tips dan Trik bagaiman nak kilatkan headlamp kereta yang sudah kusam  dan kuning.

Jadi anda boleh mencuba teknik2 ini di masa depan jika anda mempunya masalah lampu kereta kusam.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *