2 BAHAN AJAIB DARI MR.DIY UNTUK HILANGKAN KESAN CALAR PADA KERETA DENGAN HANYA KOS RM13 SAHAJA

Bila kereta kena langgar dan tinggalkan kesan calar, mesti sakit je hati bila memandang pada calar tu kan.  Malu nak bawak kereta jalan2 bila ada kesan calar besar macam tu sebab nanti kereta kita jadi perhatian orang bila kita parking kat mana2 berpunca dari kesan calar bilar macam tu.

Nak tacap semula bukan boleh cat bahagian yang calar tu je, satu bumper kena cat. Kos nak cat satu bumper pulak bukan sikit-sikit tau. Mau beratus atau beribu bergantung jenis model kereta. Semuanya berpunca dari CALAR.

Bukan itu sahaja, kalau tak dititikberatkan tentang hal ni, ia boleh menjadikan kereta kita nampak lama dan macam tak terjaga. Padahal kita dah jaga kereta kita baik2 tapi nak buat macam mana, duit poket tak cukup nak cat kereta balik terpaksalah calar tu menetap kat kereta kita.

Dalam post ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah calar kereta seperti ini hanya dengan menggunakan bahan dari Kedai MR. DIY sahaja.

Tips ni berkesan untuk buang scuff marks atau paint transfer sahaja. Untuk pengetahuan anda, kereta mempunya beberapa lapisan dan cat paling atas tu sahaja yang anda boleh hilangkan

1) WD-40

  • Benda ini berfungsi untuk menghilangkan karat, menanggalkan kotoran, licinkan mangga ketat, hilangkan kesan chewing gum dekat karpet, dan macam2 lagi lah. Benda ni boleh didapatkan di MR.DIY.
  • Harga WD-40 ni dalam RM11.30

2) Magic Sponge

  • Span ni berbeza dengan span yang lain. Ada magic sikit sebab permukaan dia yang senang grab semua kotoran yang ada. Bagus di simpan di rumah supaya boleh cuci  kotoran degil dan tak perlu sabun
  • Harga Magic Sponge ni dalam RM1.70

Cara-caranya ialah:

  1. Basuh permukaan kereta dengan air biasa bagi menghilangkan kotoran kasar dan lap sampai kering
  2. Kemudian spray WD-40 ni dekat bahagian calar tu
  3. Gosok perlahan lahan menggunakan magic sponge pada calar yang telah di spray dengan WD-40.
  4. Tunggu sampai calar mula hilang dan terus hilang.

Selain itu cara lain nak hilangkan calar adalah dengan berpolish. Saya personally recommend Polish Master. Lap dulu permukaan body kereta supaya kering dan sapukan polish master dengan kain microfibre ataupun kain biasa. Selepas penggunaan dalam tempoh 2-3 minit kereta anda akan kilat dan tempoh 15-20 minit untuk hilangkan calar.

Dalam post ini , anda telah 2 barang ajaib dari MR.DIY untuk hilangkan calar.

Jadi anda boleh mencuba 2 bahan ni di rumah bagi memastikan kereta anda tidak calar lagi.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda. Terima kasih jumpa lagi

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *