1 TIPS ISTIMEWA UNTUK ELAKKAN KERETA BERBAHANG WALAUPUN DIBIAR PARKING WAKTU PANAS TERIK

Sekarang, ramai netizen yang lebih memilih kereta berbanding motor apabila nak ke tempat kerja dengan alasannya tak nak kena panas dan hujan. Jaga kulit katanya dan lagi satu keselamatan lebih terjamin.

Bila dah naik kereta ke tempat kerja pun still merungut. Biasanya pekerja yang merungut ni sebab terpaksa parkir di bawah kawasan terbuka. Bila nak keluar lunch naik kereta tu rasa panas sangat. Tiba2 kereta bertukar jadi ketuhar yang baru je lepas panggang ayam. Ya ampun panas sungguh.

Bukan itu, sahaja, Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Hati pun tak boleh rileks dan rasa nak marah saje. Dah la tengah lapar.

Dalam post ini, saya akan kongsikan satu tips untuk elakkan kereta bahang bila parkir di bawah sinaran matahari.

TIPS ELAKKAN KERETA BAHANG SELEPAS PARKIR DI BAWAH SINARAN MATAHARI

Biasanya kalau anda mengalami situasi seperti ini, anda akan buka pintu luas2, hidupkan enjin, pasangkan aircond sekuat yang mungkin dan tunggu sebentar sampailah kereta sejuk, betul tak?

Sebenarnya ada cara lain selain buat bahagian ni. Anda hanya perlu melakukan perkara ini sebelum meninggalkan kereta di parking iaitu:-

1) SEMASA PARKING, pastikan flap air cond dibuka

  • Bila anda nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula anda berani2 nak  tutup flap air cond tu.
  • Sebaliknya, anda  kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta.
  • Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan

2) SEMASA MEMANDU,  Flap air-cond boleh ditutup

  • Sewaktu memandu pastikan anda tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
  • Tapi jika anda buka flap air cond ni semasa memandu pun tiada masalah tetapi akibatnya anda terpaksa bau udara asap kat luar yang tidak menenangkan semasa memandu. Nak2 memandu belakang lori.

Tapi kalau dah tutup flap air cond tetapi aircond tak sejuk tu lain pula ceritaya. Aircond tidak sejuk dipengaruhi byk faktor, kadang2 disebabkan kompessor, kipas, gas aircond bocor, cooling coil bocor, blower dah sangat kotor dan berhabuk/berkulat dan mcm2 lagi. Penyelesaian nak bagi aircond anda sejuk dengan cara cuci cooling coil dan blower adalah dengan Mr.Coil. Cara guna Mr. coil ni amat mudah, anda perlu keluarkan filter anda tu kemudian hidupkan enjin dan hidupkan aircond max. Semburkan Mr.coil di blower kereta anda. Selang 2 minit anda tunggu dan sembur kembali. Ulang sampai isi dalam Mr.Coil habis.

Dalam post ini , anda telah tahu satu tips istimewa untuk mengelakkan kereta anda dari bahang yang amat bila dibiarkan parking ketika cuaca panas.

Jadi amat wajib anda lakukan tips ini supaya anda tidak dipanggang hidup2 dalam kereta anda sendiri.

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda


Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *